recently aku ade hantar satu surat kat alias haji muda,aku malas nak citer pasal ape,bace aa sendiri,ni sebijik aku kopi pes,takde edit lansong.
saya mendapat email saudara daripada web mypotensi,dan saya dapati bahawa saudara adalah seorang motivator yang agak terkenal.
tujuan saya menaip email ini bukan untuk meminta sebarang motivasi dari saudara,mahupun untuk belajar menjadi seorang motivator,tetapi hanyalah untuk meminta nasihat daripada saudara,bagaimana untuk meyakinkan orang lain pada diri saya.
saya seorang pelajar di universiti di jepun,yang akan tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan pada awal tahun hadapan,tetapi saya kurang berminat untuk menjadi seorang jurutera.kecenderungan saya lebih kepada hobi saya iaitu memasak,dan juga berniaga.oleh itu saya berhasrat untuk mencebur diri didalam sektor perniagaan F&B(food and beverage),selepas tamat pengajian di sini.
dari segi biasiswa,tidak menjadi masalah kerana saya tidak terikat dengan mana2 syarikat ataupun kerajaan,oleh itu,selepas tamat pengajian,saya bebas untuk memilih hala tuju saya.ramai juga menyatakan hasrat saya untuk menceburi bidang perniagaan adalah satu kerja yang sia2,kerana saye membazir masa selama ini untuk mendapatkan ijazah kejuruteraan,tetapi bagi saya,itu semua adalah ilmu,walaupun tidak digunakan seluruhnya dalam kehidupan,ia mungkin sahaja berguna untuk pengetahuan am saya sendiri.
masalah saya sekarang adalah,untuk meyakinkan ibu-bapa saya tentang hasrat saya ini,walaupon dari luaran mereka menerima hasrat saya ini,tapi dari usaha2 mereka yang cuba mencarikan saya peluang2 masuk ke syarikat2 yang berasaskan kejuruteraan dan selalu menceritakan saya tentang bahaya dan risiko berniaga,menampakkan mereka tidak percaya yang saya boleh berjaya dalam bidang perniagaan yang ingin saya ceburi.ada kalanya,disebab kan ini,perhubungan antara saya dan ibu-bapa saya menjadi sedikit dingin.jadi dari sini saya ingin meminta nasihat dari saudara,apakah yang perlu saya buat untuk meyakinkan mereka.
sekian terima kasih
yang benar,
muhammad badruddin shah
p.s:jika email ini menganggu saudara dari apa aspek sekalipun,saya minta maaf,dan sila abaikan email ini.
and ni reply yang aku dapat.......
ASSALAMUALAIKUM, TAHNIAH KERNA BOLEH BERSIKAP JUJUR PADA DIRI SENDIRI,
JANGAN RISAU TERUSKAN USAHA DIBIDANG SDR MINATI, LAMBAT LAUN MEREKA
AKAN DAPAT MENERIMANYA DENGAN SYARAT SDR BETUL-BETUL BERUSAHA DAN
MEMBUKTIKAN KEJAYAAN DALAM BIDANG YANG DICEBURI. ALIAS
hampeh,tu je die reply?penat je aku tulis pepanjang,kalau camtu aku pon leh nasehat diri sendiri isk isk.