fakulti kehidupan rudy
Powered by


Encek Kelendat
<< July 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


Linkies



[teractive]


[geng jurnal]


[ my pics ]


[jidousha]

The Hall Of Anis


us

my nurse

cute eh?

my substitute haha

miss you

love you



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Thursday, July 27, 2006
motivasi aa konon

recently aku ade hantar satu surat kat alias haji muda,aku malas nak citer pasal ape,bace aa sendiri,ni sebijik aku kopi pes,takde edit lansong.


saya mendapat email saudara daripada web mypotensi,dan saya dapati bahawa saudara adalah seorang motivator yang agak terkenal.

tujuan saya menaip email ini bukan untuk meminta sebarang motivasi dari saudara,mahupun untuk belajar menjadi seorang motivator,tetapi hanyalah untuk meminta nasihat daripada saudara,bagaimana untuk meyakinkan orang lain pada diri saya.

saya seorang pelajar di universiti di jepun,yang akan tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan pada awal tahun hadapan,tetapi saya kurang berminat untuk menjadi seorang jurutera.kecenderungan saya lebih kepada hobi saya iaitu memasak,dan juga berniaga.oleh itu saya berhasrat untuk mencebur diri didalam sektor perniagaan F&B(food and beverage),selepas tamat pengajian di sini.

dari segi biasiswa,tidak menjadi masalah kerana saya tidak terikat dengan mana2 syarikat ataupun kerajaan,oleh itu,selepas tamat pengajian,saya bebas untuk memilih hala tuju saya.ramai juga menyatakan hasrat saya untuk menceburi bidang perniagaan adalah satu kerja yang sia2,kerana saye membazir masa selama ini untuk mendapatkan ijazah kejuruteraan,tetapi bagi saya,itu semua adalah ilmu,walaupun tidak digunakan seluruhnya dalam kehidupan,ia mungkin sahaja berguna untuk pengetahuan am saya sendiri.

masalah saya sekarang adalah,untuk meyakinkan ibu-bapa saya tentang hasrat saya ini,walaupon dari luaran mereka menerima hasrat saya ini,tapi dari usaha2 mereka yang cuba mencarikan saya peluang2 masuk ke syarikat2 yang berasaskan kejuruteraan dan selalu menceritakan saya tentang bahaya dan risiko berniaga,menampakkan mereka tidak percaya yang saya boleh berjaya dalam bidang perniagaan yang ingin saya ceburi.ada kalanya,disebab kan ini,perhubungan antara saya dan ibu-bapa saya menjadi sedikit dingin.jadi dari sini saya ingin meminta nasihat dari saudara,apakah yang perlu saya buat untuk meyakinkan mereka.

sekian terima kasih

yang benar,

muhammad badruddin shah

p.s:jika email ini menganggu saudara dari apa aspek sekalipun,saya minta maaf,dan sila abaikan email ini.


and ni reply yang aku dapat.......


ASSALAMUALAIKUM, TAHNIAH KERNA BOLEH BERSIKAP JUJUR PADA DIRI SENDIRI, 
JANGAN RISAU TERUSKAN USAHA DIBIDANG SDR MINATI, LAMBAT LAUN MEREKA 
AKAN DAPAT MENERIMANYA DENGAN SYARAT SDR BETUL-BETUL BERUSAHA DAN 
MEMBUKTIKAN KEJAYAAN DALAM BIDANG YANG DICEBURI. ALIAS



hampeh,tu je die reply?penat je aku tulis pepanjang,kalau camtu aku pon leh nasehat diri sendiri isk isk.


:: Posted at 11:54 pm by kurekuresakti Comments (3) ::

Monday, July 24, 2006
perihal aku si pejalan kaki

it has been 10 days since cik nana passed away.im still sad,but i need to accept the fact that my life should go on,and im really sure that is what she wants.cukop lah 10 hari untuk mourning and just pray for her.

the past one week,ive start cycling again,trying to keep my mind in focus,in fact punye la seronok dengan my bicycle,i add some stuff,macam bar end,led lights ngan bike bag(its a deuter haha).tapi unluckily,sonok je hari2 cycling,the pedal starts to make clicking sound,so aku bawak my bike pi satu bicycle-pro shop kat sini,and after almost half an hour trying to find out the problem,die takleh nak comfirm,he suggested there is a problem with the bottom-bracket,and ask me to leave the bike there,for him to work on it.

so aku terpakse aa menapak balek,as the bicycle is the only transport that i have. so pagi tadi the shop called me and told me that he needs to send the bicycle to its maker,untuk thoroughly repair,either GIANT or SHIMANO,and it will take like a week,so nampaknye seminggu le aku akan jadi pejalan kaki tegar.hope cepat aa abes seminggu,miss my bike really much,dah jadi cam companion aku hari2.

 


:: Posted at 12:30 am by kurekuresakti Comments (4) ::

Friday, July 14, 2006
kakak aku dah pergi untuk selama lama nya:(

minggu lepas dan minggu ini aku dibebani dengan kerja yang amat banyak,repotlah presentation lah,programming lah,tetapi semua beban itu amat kecil berbanding dengan berita kehilangan akak kesayanganku cik nana.

tghari tadi selepas sahaja aku balik dari lab untuk rehat tghari,aku terperasan status YM kak wynn yang menyatakan cik nana sudah kembali ke rahmatullah,dan setelah mencari dengan lebih lanjut,dari kak wynn dan juga kak lin,aku tak berhenti menangis mengenangkan kehilangan akak angkat aku ni disebabkan batu karang di hempedu.

aku tahu,bagi ramai orang,dia hanyalah akak angkat dan bukan akak kandung aku.aku tidak punya kakak kandung,dan sejak lebih kurang 5 tahun lepas,cik nana dan aku sudah mengganggap kan diri kami adik beradik.walaupon tidak lama mengenali cik nana,aku sangat rapat dengan arwah,selalu hang out dengan cik nana,borak2 pasal diri aku dan diri dia,dan kadang2,some innocent gossip,hanya untuk suka2.everytime dgn cik nana,aku rasa seronok,aku punya kakak,someone to look up to.

aku sedih tak dapat berada dekat dengan cik nana disaat pemergiannya.teringat 2 tahun lepas,semasa cik nana admited sebab blood poisoning,setiap hari aku akan melawat cik nana di wad,sampailah hari cik nana discharge,aku bawak magazine,kitorang borak2,and sampai ada masa,aku teman cik nana seludup keluar dari wad untuk jalan2 kat tingkat bawah hospital.walaupon mase tu cik nana saket,aku seronok tgk dia riang dan gembira setiap kali aku datang.

macam2 kenangan aku dengan arwah cik nana,yang merupakan some of my best moments in life,kitorang tgk wayang,picnic,drive malam2,tgk theater,semua same same macam adik beradik.

skarang cik nana dah pergi,aku dah takde kakak macam cik nana lagi,aku sedih,in fact mase aku tulis article ni mata aku masih berair.tapi aku mesti redha,tuhan lagi sayang cik nana,dan aku hanya mampu mendoakan kakak kesayangan aku ini kebahagiaan di alam yang baru.aku amat berharap cik nana happy sepanjang dia berada di alam ini.

bye bye kak,aku akan selalu rindukan akak,selama lamanya.

BLOG CIK NANA


:: Posted at 12:36 am by kurekuresakti Comments (8) ::

Next Page
My Life







Hmm here goes nothing


muhammad badruddin shah bin bahari, thats the name that have been given to me since birth, name tu la yang tertulis kat aku punye surat branak, ic, and bla bla bla. but you guys can call me shah, rudy or even judak.

aku dilaherkan kat kl, on 1st april 1982, two years after that my family pindah ke bintulu sarawak, sebab my dad works there in abf (asean bintulu fertilizer). kat sane lah aku masok kindergarten and went trough my first 3 years of early education in sekolah rendah kerajaan tanjong kidurong. after that my dad got transfered back to kl, where we lived at taman cempaka in ampang. there, aku skolah darjah 4 and 5 in sekolah rendah kebangsaan taman nirwana. tak sempat nak knal lebih ramai kawan kat sane, my dad kene transfer ke melake and i finished my primary school years there at sekolah kebangsaan tangga batu, a bit far from our house there that is at taman bukit rambai.

habes je skolah rendah, i got offered to enter sekolah alam shah in cheras and i studied there for 5 whole years. in between those 5 years family aku pindah 2 kali,once when im in form 3 because my dad was transfered back to kl and in form 5 when he was transfered to paka, terengganu, the place where my family is still living now. after finishing my school years, aku dapat offer untuk masok matriks sebelom result spm kluar, dekat kolej kuniawan but i left the place after i got my results and did my preparation years in um for two year to go to japan. now, i am studying in yamagata university in japan and i still have another 2 and a half years to finish it.




Encek Tegbod

Hall of Blogs

dah jumpe

[ nd ]
[ suen ]
[ aunty irene ]
[ mely ]
[ cik nana ]
[ kak tipah ]
[ wira ]
[ kak yan ]
[ op ]
[ mat jan ]
[ e1 ]
[ basri ]
[ kak susan ]
[ ep ]
[ mak andeh ]
[ wakdin ]
[ kak tatty ]
[ kak pnut ]
[ super diman ]
[ kak yong ]
[ kak lin ]
[ munie ]
[ ayob ]
[ yatz ]


nak jumpe

[ azell ]
[ aiza ]
[ abrar ]
[ kak amyz ]
[ kak nis ]
[ kak nina ]
[ buku nota ]
[ kak lady ]
[ kak ros ]
[ masy ]
[ cuya ]
[ kingbinjai ]
[ alsa ]
[ kak juita ]
[ gtb jogja ]
[ shsuya ]
[ amanitium ]
[ jowopinter ]
[ kakakdegil ]
[ jamri ]
[ ted ]
[ teek ]
[ tiara ]
[ anne ]
[ book ]
[ leli ]
[ ron97 ]
[ kak ungku ]
[ anis delaila ]
[ yazi ]
[ k4sih ]
[ kelambu ]
[ kak syikin ]
[ orochi ]
[ kak kasih ]


Counters